Firman Allah: “Katakanlah wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (As-Zumar: 53)
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.” (At-Tahrim: 8)
“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An-Nur: 31) “Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).” “Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mnengalir dibawahnya beberapa sungai, mereka kekal didalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal.”
(AI-Imran: 135-136). Bertaubat kerana dosa dan kesalahan termasuk sesuatu yang harus dilakukan secara langsung dan terus menerus, sama ada dosa yang dilakukan itu kecil mahupun besar. Kerana telah diturunkan kepada kita wahyu yang jelas maknanya, yang menganjurkan perbuatan ini Sebagaimana Firman-Nya lagi: “Maka barangsiapa yang bertaubat sesudah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya.” (Al Maidah: 39)
No comments:
Post a Comment