smoking
Sejarah rokok
Manusia terawal yang menghisap rokok adalah suku bangsa asli Amerika. Mereka merokok untuk memuja dewa atau roh. Pada abad ke 16, ketika bangsa Eropah menemukan benua Amerika, mereka terpengaruh dan membawa pulang tembakau ke Eropah. Kemudian pada abad ke 17, para pedagang Sepanyol membawa mausk rokok ke Turki dan mulai saat itulah rokok terus menular di Negara-negara Islam.
Allah telah berfirman di dalam surah al-Baqarah ayat 195 yang membawa maksud:
“ ….dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu ke dalam kebinasaan.”
Rasulullah SAW juga bersabda:
“ Tiada mudarat dan tidak boleh memudaratkan. “ ( Riwayat Imam Malik dan Ibn Majah)
Allah sangat benci kepada manusia yang memudaratkan dirinya serta keluarga. Perbuatan merokok jelas membawa banyak keburukan dan tiada faedah yang diperolehi darinya.
Mengapa Anda Perlu Berhenti Merokok?
Menurut kajian merokok banyak mendatang keburukan seperti berikut:
1. Merokok akan hanya memendekkan usia
2. Merokok adalah penyebab kepada pelbagai penyakit yang membawa maut seperti barah paru-paru, barah mulut, sakit jantung, strok dan sebagainya.
3. Asap rokok yang terhasil daripada rokok hanya akan membahayakan orang di sekeliling seperti anak-anak.
4. Nikotin yang terkandung di dalam rokok akan menyebabkan ketagihan
5. Merokok akan menyebabkan bau mulut yang tidak menyenangkan.
6. Merokok hanya akan membazirkan wang dan waktu. Wang yang digunakan boleh disimpan untuk pendidikan anak-anak dan waktu yang terbuang ketika menghisap rokok boleh digunakan untuk melakukan aktiviti bersama ahli keluarga.
7.Merokok adalah penyebab kepada lemahnya system reproduktif dan menyebabkan mati pucuk.
Asap Rokok Mengancam Kanak-kanak
Kanak-kanak adalah termasuk di kalangan perokok pasif di mana dia terpaksa menyedut asap rokok yang datang daripada perokok. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung di dalam asap rokok adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap yang disedut oleh perokok aktif.
Anak-anak yang terdedah kepada asap rokok akan mengalami risiko lebih tinggi untuk mendapat penyakit. Mereka cenderung untuk mendapat penyakit seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment